Tuesday, May 4, 2010
SYUKUR, ALHMADULILLAH!!!
Dalam usaha AJK serta kariah SDR meningkat serta menambah baik kemudahan yang terdapat d SDR, tampil sebuah syarikat membantu ke arah tersebut dengan menyumbang beberapa peralatan PA dan beberapa gulung karpet sejadah yang telah memenuhi keseluruhan ruang solat di dalam SDR. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala budi baik pihak tuan.
Sabda Rasulullah صلى الله عليه و سلم
“Orang yang bermurah hati dekat kepada Allah, dekat kepada manusia dan dekat kepada Syurga. Dan orang yang bermurah hati jauh dari Neraka. Sedangkan orang yang kikir, jauh dari Allah, jauh dari manusia, pun jauh dari Syurga, dan dekat kepada Neraka. Orang jahil yang bersifat pemurah lebih disukai Allah daripada ahli ibadat tetapi kikir.” (Diriwayatkan oleh Tirmidzi.)