Wednesday, May 5, 2010

Kelas Zikir SDR Tahun 2010






Pada tahun ini, satu Jawatankuasa khas telah dibentuk oleh Jawatankuasa SDR bagi mengurus segala hal berkaitan dengan Kumpulan Zikir SDR. Dengan terbentuknya Jawatankuasa ini adalah diharapkan ianya dapat memantap serta meningkatkan segala aspek yang berkaitan dengan Kumpulan Zikir SDR. Diketuai oleh En Abg Jamain B Abg Zain sebagai Pengerusi, En Abu Bakar B Baki selaku Setiausaha dan En Loren Hj Zen sebagai bendahari serta ahli-ahli zikir yang lain maka pada tahun ini beberapa cadangan bernas telah diambil tindakan bagi memantapkan pengurusan Kump. Zikir SDR. Antaranya ialah seperti mengadakan kelas zikir yg diadakan pada setiap malam Khamis dan mewujudkan akaun khas bagi Kump. Zikir. InsyaAllah beberapa cadangan-cadangan lain yang telah dipersetujui oleh ahli akan diurus serta dilaksanakan sedikit masa lagi. Terima kasih diucapkan kepada semua yang memberi kerjasama.