Pada 24 Januari 2010, atas inisiatif Timbalan Pengerusi En Taib Ulis serta dengan kerjasama AJK Surau Darur Rahman dan penduduk tempatan maka satu program bersama dengan golongan muda dari kalangan penduduk tempatan telah diadakan.Program ini dirancang dengan tujuan antara nya adalah untuk mendekatkan golongan ini dengan surau.Seawal jam 0800 lagi mereka telah berkumpul di perkarangan surau bagi mendengar aktiviti yang telah diatur oleh pihak urusetia. Pada hari tersebut mereka telah membantu dalam menjalankan kerja-kerja seperti mengemas bilik peralatan memasak serta kerja membersih kawasan surau.
Pada hari tersebut juga Saudara Penaung En NM Zaini telah sempat meluangkan masanya bagi sama- sama memeriahkan majlis di samping memberi galakan kepada para peserta yang terdiri daripada golongan muda. Selesai aktiviti tersebut, Ustaz Hj Ahmad Rifaee dan En NM Zaini telah menyampaikan kata-kata nasihat sebagai panduan dan dorongan kepada golongan muda ini dengan harapan agar suatu hari nanti golongan ini akan menjadi orang yang berjaya.