Wednesday, January 27, 2010


I don't wish to be everything to everyone, but I would like to be something to someone...

Tuesday, January 26, 2010

Aktiviti Biro Agama/Dakwah

Program mengaji Al_Quran di bawah bimbingan Ustaz Hj Ahmad Rifaee dan dibantu oleh En Abg Jamain Abg Zain, En Ibrahim Hj Putit dan En Loren Hj Zen dijalankan setiap malam selepas solat Maghrib. Dengan sambutan yang agak baik adalah diharapkan program ini akan dapat melahirkan lebih ramai kariah surau yang celik Al-Quran. InsyaAllah.


Belia Berambeh Di Surau

Pada 24 Januari 2010, atas inisiatif Timbalan Pengerusi En Taib Ulis serta dengan kerjasama AJK Surau Darur Rahman dan penduduk tempatan maka satu program bersama dengan golongan muda dari kalangan penduduk tempatan telah diadakan.Program ini dirancang dengan tujuan antara nya adalah untuk mendekatkan golongan ini dengan surau.Seawal jam 0800 lagi mereka telah berkumpul di perkarangan surau bagi mendengar aktiviti yang telah diatur oleh pihak urusetia. Pada hari tersebut mereka telah membantu dalam menjalankan kerja-kerja seperti mengemas bilik peralatan memasak serta kerja membersih kawasan surau.

Pada hari tersebut juga Saudara Penaung En NM Zaini telah sempat meluangkan masanya bagi sama- sama memeriahkan majlis di samping memberi galakan kepada para peserta yang terdiri daripada golongan muda. Selesai aktiviti tersebut, Ustaz Hj Ahmad Rifaee dan En NM Zaini telah menyampaikan kata-kata nasihat sebagai panduan dan dorongan kepada golongan muda ini dengan harapan agar suatu hari nanti golongan ini akan menjadi orang yang berjaya.


Do Everything to Please Allah

When you do kind actions for other people, do you do it so they will be pleased and appreciative? If you think a person would like a gift from you, do you rush to buy it in hopes you will see them happy and they will be grateful? If you do you are a good and generous person and I pray ALLAH will reward you immensely.

But on the other hand, you may be setting yourself up to be hurt and disappointed by the response you may get. If the person is not as responsive as you think they should be, does that make you feel unappreciated? This is not unusual because we as human beings naturally want to have our good actions to others recognized with acknowledgement and gratitude.

But there is a way to be certain of feeling wanted, needed, and appreciated by everyone. And that is to do everything with the thought in mind of pleasing ALLAH. You see, when you think and act fi sabillilah, the admiration of mankind is secondary. When you consciously strive to please ALLAH first, then the human recipient of your goodness should be happy too. If not, it is no matter because they are simply the fringe benefit of your desire to please ALLAH.

Sunday, January 17, 2010

MESYUARAT AGUNG DAN PEMILIHAN JAWATANKUASA SURAU SESI 2010-2012

Aktiviti tersebut telah diadakan pada 16 Januari 2010 jam 1000 bertempat di Surau Darur Rahman. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustz Hj Ahmad Rifaee,disusuli oleh ucapan daripada Ketua Kaum RPR Batu Kawa merangkap Penasihat Surau Darur Rahman dan seterusnya merasmikan mesyuarat berkenaan. Proses mesyuarat dan sesi pemilihan jawatankuasa baru berjalan dengan lancar.



Tuesday, January 12, 2010

KEGANASAN BUKAN PENYELESAIAN

"Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum,mendorong kamu untuk berlaku tidak adil,berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan." Al-Maidah;Ayat 8