Thursday, December 24, 2009

PETIKAN HADIS MENGENAI DOSA BESAR

Hadis Abu Bakrah r.a katanya:
Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu. Semasa Rasulullah bersabda, baginda sedang bersandar lalu duduk. Baginda terus mengulangi sabdanya sehingga kami berkata: Semoga baginda berhenti dari menyebut Hadis tersebut.

Sama-sama kita jadikan iktibar dan pengajaran dari apa yang kita baca.

Tuesday, December 22, 2009

Aktiviti Terkini Kumpulan Zikir Surau Darur Rahman

Tarikh : 20 Disember 2009
Acara : Majlis Kesyukuran Di Kediaman Cikgu Haizan Abdul Karim



Friday, December 18, 2009

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1431H PERINGKAT SURAU DARUR RAHMAN






17 Disember 2009/30 Zulhijah 1430H
Bacaan Doa Akhir Tahun,Doa Awal Tahun,Bacaan Yaasin dan Tahlil






Persiapan Menjelang Sambutan Maal Hijrah 1431H
















































18 Disember 2009/01 Muharram 1431H
Aturcara :
-Solat Mahgrib berjemaah
-Bacaan Al-Quran
-Ceramah Agama oleh Ybhg Ustaz HJ Abdullah Juwaeni HJ Kortubi
-Solat Isya' berjemaah
-Sambung Ceramah Agama
-Jamuan
-Bersurai

19 Disember 2009/02 Muharram 1431H
-Solat Subuh berjemaah
-Ceramah Agama oleh Ybhg Ustaz HJ Abdullah Juwaeni HJ Kortubi
-Jamuan ringan
-Bersurai




Friday, December 11, 2009

Pemimpin perlu miliki ilmu dan akhlak yang baik

MENJADI seorang pemimpin bukan semudah yang disangka. Sekiranya manusia tahu bebanan harus dipikul oleh seseorang pemimpin, mungkin tidak ada seorang pun manusia berebut menjadi pemimpin. Realiti di dunia hari ini memperlihatkan ramai manusia yang tergila-gilakan jawatan sebagai pemimpin .
Islam meletakkan pemimpin sebagai pemegang tanggungjawab dan amanah, bukannya suatu keistimewaan yang perlu dibangga-banggakan. Besar atau kecil tanggungjawab itu berbeza bergantung kepada besar atau kecilnya bidang kepemimpinan. Bermula dengan pemimpin kepada diri sendiri yang bertanggungjawab kepada semua perkara yang membabitkan diri sendiri, sehinggalah pemimpin kepada sebuah negara yang bertanggungjawab kepada semua rakyat.

Seorang manusia yang dilantik menjadi pemimpin harus mempersiapkan dirinya sendiri sesempurna mungkin untuk menghadapi segala dugaan dan ujian sepanjang menyandang sesuatu jawatan pemimpin itu. Selain mempunyai fizikal yang sihat, seorang pemimpin juga mesti mempersiapkan mindanya dengan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Persiapan dari aspek sahsiah juga tidak perlu dipandang mudah kerana inilah yang akan menentukan kualiti seorang pemimpin dan akan dihormati oleh orang di bawah pimpinannya.
Abu Zar Al-Ghifari pernah menyatakan hasratnya untuk menjadi seorang pemimpin kepada Rasulullah, lantas Rasulullah menepuk bahu Abu Zar sambil bersabda yang bermaksud: “Wahai Abu Zar, engkau adalah lemah, sedangkan pemimpin itu suatu amanah. Pada hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan, melainkan mereka yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan kewajipan sudah ditentukan dalamnya.”

Betapa beratnya tugas pemimpin dan betapa besarnya amanah terpaksa dipikul menyebabkan Rasulullah tidak menyukai umat yang meminta-minta untuk menjadi pemimpin kerana beranggapan orang berkenaan sebagai terlalu yakin dan mempunyai maksud yang tersirat. Sekiranya Rasulullah membenarkan situasi perebutan kuasa ini berlaku di dalam Islam, sudah pasti akan timbul banyak penyelewengan, rasuah dan perpecahan di kalangan manusia. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Demi Allah kami tidak akan melantik pengendali tugas ini kepada seorang yang meminta-minta atau berusaha mendapatkannya.” Sebab itulah Islam lebih cenderung melantik seseorang pemimpin mengikut kemampuan sebenar atau diistilahkan sebagai ‘memberi hak kepada yang berhak’.
Seorang pemimpin seharusnya mengelak dirinya daripada dicemuh dan dibenci orang bawahan. Oleh itu dia harus bersikap adil dalam kepemimpinannya dan membina sahsiah diri agar dihormati lantaran kemuliaan akhlaknya..Oleh kerana besarnya tanggungjawab dan amanah yang terpikul pada bahu seseorang pemimpin, maka Allah memberi satu janji yang sangat besar kepada mereka yang mampu melaksanakan amanah itu dengan meletakkan pemimpin berjaya ini sebagai golongan pertama daripada tujuh golongan untuk mendapat bayangan (perlindungan) Allah pada hari akhirat kelak.

Sebaliknya bagi mereka yang gagal meletakkan diri mereka sebagai pemimpin yang diredai, Allah menjanjikan satu balasan yang amat hina untuk mereka melalui sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang mengetuai urusan orang Islam dan tidak bersusah payah untuk mengendalikan urusan mereka serta tidak memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada mereka, ia tidak akan masuk syurga bersama-sama mereka.”
Rasulullah juga memberi peringatan kepada pemimpin yang mengambil peluang ketika menjadi pemimpin untuk mengaut keuntungan peribadi dan menipu orang di bawah pimpinannya dengan hadis bermaksud: “Sesiapa yang dilantik untuk mengetuai urusan orang Islam dan mati ketika ia mengetuai urusan itu, pada hal dia menipu mereka, ia diharamkan oleh Allah daripada mendapat balasan syurga.”

Wednesday, December 9, 2009

Rahsia Solat Lima Waktu


Ali bin Abi Talib r.a. berkata, "Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s.
yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab. ' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.' Berkata
orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan
oleh Allah ke atas umatmu.' "Sabda Rasullullah saw,

'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala
sesuatu kepada Tuhannya.
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s.
Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian
dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan
permintaannya.
Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul
sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila
matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ
sujudnya setiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka
berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah
kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang. '
Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama
sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin
yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap
api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana
Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan
sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah
waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima.
Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta
sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'
Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah
sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang
berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak
berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan
diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'

Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin
yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah,
diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
a) Dibebaskan daripada api neraka.
b) Dibebaskan dari nifaq.

"Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka
mereka berkata, 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad
(saw). Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan
puasa 30 hari ke atas umatmu?' Sabda Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adam
memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam
perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas
keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di
waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.' Kata
orang Yahudi lagi,'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan
itu.

Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi
daripada berpuasa itu.' Sabda Rasullullah saw, 'Seorang hamba yang berpuasa
dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan
oleh Allah SWT 7 perkara:

a) Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang
tumbuh daripada makanan yang haram).
b) Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
c) Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
d) Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
e) Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
f) Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang
Titian Sirath.
g) Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'

Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan
kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.' Sabda Rasullullah saw,
'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya,
tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat
kepada umat saya di hari kiamat).' Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu
katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha
illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan
Allah dan engkau utusan Allah).'

Peringatan !!!

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah
berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: ayat 155)
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia
mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa
(dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Surah
Al-Baqarah: ayat 286)

KEUTAMAAN SOLAT BERJAMA'AH


Bismillahirrahmanirrahim...

Dari Abu Hurtairah (Abdurrahman bin Shaher) ra. berkata : Bersabda Nabi saw., "Solat berjama'ah pahalanya melebihi solat sendirian, baik ditempat pekerjaan atau di rumah, dua puluh lima darjat. Yang demikian itu kerana jika seseorang telah menyempurnakan wudhu, kemudian pergi ke masjid tanpa tujuan lain selain solat, maka tidak bertindak selangkah melainkan diangkat sedarjat dan dihapuskan daripadanya satu dosa hingga masuk ke masjid, Apabila telah berada di dalam masjid, maka ia dianggap mengerjakan solat selama dia masih menantikan solat , dan Malaikat memohonkan rahmat atau mendoakan seseorang selama ia dalam solatnya. Malaikat berdoa : Ya Allah, kasihanilah dia, ya Allah, ampunilah dia, ya Allah, maafkanlah dia. Demikian itu selama ia tidak mengganggu dan belum berhadas di tempat itu." (HR Bukhari Muslim)

Monday, November 16, 2009

MUFLIS AKHIRAT

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: “Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu ?” Lalu jawab sahabat: “Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta”. Lantas baginda SAW menjelaskan bahawa : “Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh) dan memukul orang. Lalu diberi segala pahala kebajikannya itu kepada orang-orang tersebut. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosa orang-orang tersebut pula akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)
Berdasarkan hadis itu, dapatlah kita fahami bahawa golongan yang menjadi muflis pada akhirat adalah berasal daripada orang yang apada awalnya memiliki pahala yang banyak. Bagaimanapun, semua pahala ibadat mereka itu habis kerana digunakan sebagai bayaran ganti rugi kepada insan yang pernah disakiti, dikhianati, dihina, dibunuh atau dizaliminya sewaktu di dunia dahulu.
Alangkah ruginya golongan muflis ini. Ganjaran pahala yang mereka kumpul dengan mengerjakan bermacam ibadat, akhirnya menjadi barang tukaran kerana denda yang perlu mereka bayar disebabkan kesalahan mereka terhadap orang lain. Meskipun kita malu jika isytiharkan muflis di dunia ini, namun kita masih lagi beruntung kalau dibandingkan dengan situasi muflis di akhirat. Jika muflis di dunia, masih ada lagi orang yang bersimpati dan dapat membantu kita.
Tetapi bagaimana pula hal keadaan kita apabila muflis di akhirat? Siapakah yang akan bersimpati? Siapakah yang bakal menolong kita dan siapakah pula yang akan menyelamatkan kita dari azab seksaan neraka Allah? Kuat beribadah dan memiliki pahala yang banyak tidak menjamin terpeliharanya seseorang itu daripada azab Allah jika pada masa sama dia masih melakukan penganiayaan, penindasan dan kezaliman kepada insan lain.
Firman Allah bermaksud: “Pada hari itu Kami akan tutup mulut mereka dan tangan mereka memberitahu Kami (mengenai kesalahan masing-masing), kaki mereka pula menjadi saksi terhadap apa yang sudah mereka perbuatkan (ketika hidup di dunia)?” (Surah Yaasin, ayat 65).
Selain itu, kita juga diingatkan agar bertanggungjawab terhadap amanah keluarga iaitu isteri dan anak-anak. Dibimbangi di akhirat kelak, mereka akan menuntut segala pertanggungjawaban yang tidak kita tunaikan kepada mereka. Tanggungjawab memberi mereka ilmu, pendidikan, perlindungan, makanan, kesihatan dan sebagainya akan dipersoalkan kepada kita sama ada terlaksana atau terabai.
Jika kita perhatikan realiti hari ini, berapa ramai ibu bapa yang selalu solat berjemaah di masjid, mendengar ceramah, menghadiri kelas pengajian agama dan melakukan pelbagai amal kebajikan, sedangkan anak mereka terbiar tanpa mendapat pendidikan agama sempurna, terbabit dengan jenayah, gejala sosial, maksiat dan kegiatan kemungkaran? Golongan ibu bapa seperti ini mengerjakan amal ibadat dengan penuh kesungguhan, tetapi mereka beribadah dalam situasi yang kurang bijak. Mereka lupa bahawa tanggungjawab memberikan pendidikan agama terhadap anak-anak juga ibadat besar dan mulia. Jika amanah dan tanggungjawab ini sengaja dibiarkan terabai, dikhuatiri ia akan menjadi penghalang untuk seseorang hamba itu memasuki syurga Allah, walaupun memiliki banyak pahala hasil daripada amal ibadatnya.

Tilawah Al-Quran Zon Batu Kawa 09

Pada 13-14 November 2009, JawatanKuasa Surau Darur Rahman telah diamanahkan untuk menganjur Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Batu Kawa. Seramai 7 orang qari dan 8 orang qariah telah menyertai tilawah ini. Pertandingan yang diadakan di Surau Darur Rahman itu telah dapat dijalankan dengan jaya nya seperti yang dirancang. Keputusan Tilawah A-Quran Peringkat Zon Batu Kawa 2009 adalah seperti berikut:

Bahagian Qari :
Johan - Tn Haji Bohari Bin Jily
Tempat Kedua - En Morsidi Bin Mokhtar
Tempat Ketiga - En Abg Jamain Abg Zain

Bahagian Qariah :
Johan - Pn Sapiah bt Sabu
Tempat Kedua - Pn Hamidah bt Jolhi
Tempat Ketiga - Pn Sallymah Mazium bt Malado