Tuesday, September 14, 2010

Majlis Khatamal Al-Quran dan Majlis Penyampaian Cenderahati




Majlis Khatamal Al-Quran dan Majlis Penyampaian Cenderahati sebenarnya telah dijalankan serentak dengan Majlis Berbuka Puasa pada 4 September 2010 (Sabtu) bersamaan dengan 25 Ramadhan 1431H bertempat di Surau Darur Rahman.

Aturcara Program

6.00 petang - Ketibaan Jemputan
- Bacaan Doa Kesyukuran
6.44 petang - Azan Maghrib
- Berbuka Puasa (ringan)
- Solat Maghrib Berjemaah
- Jamuan Berbuka Puasa
- Solat Isya’,Tarawih dan Witir Berjemaah
7.54 malam - Majlis Khatamal Al-Quran
- Penyampaian Cenderahati
- Bersurai

MAJLIS TADARUS AL-QURAN

Syukur alhamdulillah pada tahun ini SDR telah dikunjugi oleh petugas dari RTM yang datang untuk membuat rakaman program tadarus Al-Quran. Untuk tujuan ini, peserta-peserta tadarus SDR yang diketuai oleh Ustaz Hj Ahmad Rifaee telah membuat latihan dan persiapan yang rapi. Syabas dan tahniah kepada peserta tadarus SDR dan terima kasih kepada Pihak RTM di atas kunjungan ke surau kami.



MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN JAWATANKUASA SDR



Syukur alhamdulillah berkat rezeki yang melimpah untuk SDR, Jawatankuasa SDR telah dapat mengadakan majlis berbuka puasa. Semua penduduk Islam setempat telah dijemput untuk sama-sama berbuka puasa di SDR. Sekali lagi terima kasih untuk semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhni telah berkata: talah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa adalah baginya pahala sebagaimana orang yang berpuasa tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang berpuasa sesuatu, dan sesiapa yang menyiapkan untuk orang yang pergi berperang atau mengalihnya pada ahli keluarganya adalah baginya seperti pahalanya tanpa berkurangan daripada pahalanya sesuatu.- Riwayat imam Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban, Ahmad dan Al-Baihaqi-

AKTIVITI MEMASAK BUBUR LAMBUK DI BULAN RAMADHAN 1431H




Pihak Jawatankuasa dengan bantuan ahli Bina Insan dibantu oleh AJK SDR telah menjalankan aktiviti memasak bubur lambuk untuk disedekahkan kepada penduduk Islam setempat.