Sunday, August 15, 2010

Majlis Penyerahan Sumbangan Kewangan Kepada SDR



Syukur Alhamdulillah kerana pada tahun ini SDR telah menerima bantuan berbentuk sumbangan kewangan daripada beberapa buah syarikat dan orang perseorangan bagi membantu Pihak Jawatankuasa SDR menjalankan serta menjayakan beberapa program-program yang dirancang. Kepada pihak yang menderma,terima kasih diucapkan. Semoga ianya mendapat ganjaran dan keberkatan dari Allah SWT.

Sabda Rasulullah صلى الله عليه و سلم

“Orang yang bermurah hati dekat kepada Allah, dekat kepada manusia dan dekat kepada Syurga. Dan orang yang bermurah hati jauh dari Neraka. Sedangkan orang yang kikir, jauh dari Allah, jauh dari manusia, pun jauh dari Syurga, dan dekat kepada Neraka. Orang jahil yang bersifat pemurah lebih disukai Allah daripada ahli ibadat tetapi kikir.” (Diriwayatkan oleh Tirmidzi.)

MAJLIS TAHLIL ARWAH






Jawatankuasa SDR telah menganjur satu majlis tahlil arwah bertempat di Surau Darur Rahman pada 5 Ogos 2010 (Khamis) selepas solat Maghrib berjemaah. Majlis ini telah mendapat respon yang sangat baik daripada penduduk Islam setempat.

Program Penghayatan Malam Nisfu Syaaban

Bagi mengimarahkan Surau kita dengan program-program keagamaan, Jawatankuasa SDR telah merancang dan menganjur beberapa program. Sehubungan dengan ini adalah dimaklumkan bahawa pada 26 Julai 2010 (Isnin) bersamaan dengan 14 Syaaban 1431H, kita akan menganjurkan Program Penghayatan Malam Nisfu Syaaban bertempat di Surau Darur Rahman.

Aturcara Program

6.40 petang - ketibaan jemputan
6.54 petang - Solat Maghrib Berjemaah
- Bacaan Yaasin
- Solat Isya’ Berjemaah
- Tazkirah