Sunday, October 3, 2010

PROGRAM 1 MALAYSIA PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT SEMPENA MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI

Tarikh : 2 Oktober 2010
Anjuran :
Jawatankuasa Surau Darur Rahman
RPR Fasa 2 Batu Kawa Kuching
Dengan Kerjasama
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak.

Aturcara :
9.00 pagi - Ketibaan AJK Pengelola
9.15 pagi - Ketibaan Jemputan
10.00 pagi - Ketibaan YB Dato’ Yong Khoon Seng
Timbalan Menteri Kerja Raya
merangkap Ahli Parlimen P196 Stampin
- Nyanyian lagu ’Negara Ku’
- Bacaan Doa
- Ucapan Aluan Oleh Pengerusi Pengelola
- Ucapan Pegawai Jasa Parlimen P196 Stampin
Puan Felicia Nonima
- Ucapan YB Dato’ Yong Khoon Seng
Timbalan Menteri Kerja Raya
merangkap Ahli Parlimen P196 Stampin
- Upacara Simbolik memotong kek
- Penyampaian Sumbangan Kepada
Ibu Tunggal & OKU
- Penyampaian Cenderahati Kepada
Jemputan Kehormat
- Jamuan
- Bersurai





























Program yang diadakan di perkarangan Surau Darur Rahman telah berjaya dilaksanakan dengan teratur seperti mana yang dirancang oleh Jawatankuasa Pengelola.Syukur Alhamdulillah kerana semua tetamu kehormat yang dijemput telah dapat hadir ke majlis ini. Yang Berhormat Dato’ Yong Khoon Seng. Ahli Parlimen P196 Stampin merangkap Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, Yang Berhormat En Tan Joo Phoi, ADUN Batu Kawa merangkap Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Yang Berusaha En Sih Hua Tong, Ketua Pemuda SUPP merangkap Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Swak, Yang Berusaha Pn Felicia Nonima dan En Liew Chong Vui, Pegawai di Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Sarawak.Yang Berusaha Kaunselor Lo Khere Chiang Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, Yang Mulia Ustaz Hj Bahrin B Hj Kawi Naqib Surau dan Masjid Zon Batu Kawa,
Begitu juga dengan kehadiran daripada penduduk-penduduk yang jelas menunjukkan sokongan terhadap program yang dianjurkan.




























Kehadiran beberapa orang petugas media serta rakan-rakan dari bangsa yang lain seperti cina, bidayuh, iban dan india menyerikan lagi majlis ini.
meskipun kami di sini terdiri dari penduduk yang berbagai bangsa seperti melayu, cina, bidayuh, iban dan india namun kami gembira kerana kami dapat hidup dengan aman, dengan rasa hormat di antara satu sama lain.




























YB Dato’ Yong, YB En Tan, En Sih juga Kaunselor Lo merupakan contoh pemimpin yang berjiwa Malaysia. Meskipun bukan dari keturunan melayu mahupun bukan beragama islam namun sudi untuk memberi sokongan kepada kita dalam menjayakan majlis ini. Ini juga membuktikan wujudnya hubungan erat dan mersra di antara rakyat dan pemimpin, terima kasih sekali lagi.

Saturday, October 2, 2010



























Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam merancang, mengelola dan menjayakan program ini. Tanpa kerjasama dan permuafakatan daripada semua pihak program ini tidak akan dapat dijalankan dengan jayanya.

There is no "I" in "TEAMWORK".
Teamwork: Simply stated, it is less me and more we.

SYUKUR ALHAMDULILLAH!

Tuesday, September 14, 2010

Majlis Khatamal Al-Quran dan Majlis Penyampaian Cenderahati




Majlis Khatamal Al-Quran dan Majlis Penyampaian Cenderahati sebenarnya telah dijalankan serentak dengan Majlis Berbuka Puasa pada 4 September 2010 (Sabtu) bersamaan dengan 25 Ramadhan 1431H bertempat di Surau Darur Rahman.

Aturcara Program

6.00 petang - Ketibaan Jemputan
- Bacaan Doa Kesyukuran
6.44 petang - Azan Maghrib
- Berbuka Puasa (ringan)
- Solat Maghrib Berjemaah
- Jamuan Berbuka Puasa
- Solat Isya’,Tarawih dan Witir Berjemaah
7.54 malam - Majlis Khatamal Al-Quran
- Penyampaian Cenderahati
- Bersurai

MAJLIS TADARUS AL-QURAN

Syukur alhamdulillah pada tahun ini SDR telah dikunjugi oleh petugas dari RTM yang datang untuk membuat rakaman program tadarus Al-Quran. Untuk tujuan ini, peserta-peserta tadarus SDR yang diketuai oleh Ustaz Hj Ahmad Rifaee telah membuat latihan dan persiapan yang rapi. Syabas dan tahniah kepada peserta tadarus SDR dan terima kasih kepada Pihak RTM di atas kunjungan ke surau kami.



MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN JAWATANKUASA SDR



Syukur alhamdulillah berkat rezeki yang melimpah untuk SDR, Jawatankuasa SDR telah dapat mengadakan majlis berbuka puasa. Semua penduduk Islam setempat telah dijemput untuk sama-sama berbuka puasa di SDR. Sekali lagi terima kasih untuk semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhni telah berkata: talah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa adalah baginya pahala sebagaimana orang yang berpuasa tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang berpuasa sesuatu, dan sesiapa yang menyiapkan untuk orang yang pergi berperang atau mengalihnya pada ahli keluarganya adalah baginya seperti pahalanya tanpa berkurangan daripada pahalanya sesuatu.- Riwayat imam Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban, Ahmad dan Al-Baihaqi-

AKTIVITI MEMASAK BUBUR LAMBUK DI BULAN RAMADHAN 1431H




Pihak Jawatankuasa dengan bantuan ahli Bina Insan dibantu oleh AJK SDR telah menjalankan aktiviti memasak bubur lambuk untuk disedekahkan kepada penduduk Islam setempat.

Sunday, August 15, 2010

Majlis Penyerahan Sumbangan Kewangan Kepada SDR



Syukur Alhamdulillah kerana pada tahun ini SDR telah menerima bantuan berbentuk sumbangan kewangan daripada beberapa buah syarikat dan orang perseorangan bagi membantu Pihak Jawatankuasa SDR menjalankan serta menjayakan beberapa program-program yang dirancang. Kepada pihak yang menderma,terima kasih diucapkan. Semoga ianya mendapat ganjaran dan keberkatan dari Allah SWT.

Sabda Rasulullah صلى الله عليه و سلم

“Orang yang bermurah hati dekat kepada Allah, dekat kepada manusia dan dekat kepada Syurga. Dan orang yang bermurah hati jauh dari Neraka. Sedangkan orang yang kikir, jauh dari Allah, jauh dari manusia, pun jauh dari Syurga, dan dekat kepada Neraka. Orang jahil yang bersifat pemurah lebih disukai Allah daripada ahli ibadat tetapi kikir.” (Diriwayatkan oleh Tirmidzi.)

MAJLIS TAHLIL ARWAH






Jawatankuasa SDR telah menganjur satu majlis tahlil arwah bertempat di Surau Darur Rahman pada 5 Ogos 2010 (Khamis) selepas solat Maghrib berjemaah. Majlis ini telah mendapat respon yang sangat baik daripada penduduk Islam setempat.

Program Penghayatan Malam Nisfu Syaaban

Bagi mengimarahkan Surau kita dengan program-program keagamaan, Jawatankuasa SDR telah merancang dan menganjur beberapa program. Sehubungan dengan ini adalah dimaklumkan bahawa pada 26 Julai 2010 (Isnin) bersamaan dengan 14 Syaaban 1431H, kita akan menganjurkan Program Penghayatan Malam Nisfu Syaaban bertempat di Surau Darur Rahman.

Aturcara Program

6.40 petang - ketibaan jemputan
6.54 petang - Solat Maghrib Berjemaah
- Bacaan Yaasin
- Solat Isya’ Berjemaah
- Tazkirah

Sunday, July 18, 2010

Program Keagamaan Sempena Peristiwa Isra' dan Mikraj

TARIKH : 17 JULAI 2010
TEMPAT : SDR
PENCERAMAH : USTAZ HJ MUSTAPHA KAMAL (PENOLONG IMAM BESAR NEGERI SARAWAK)





Sunday, July 4, 2010

GOTONG ROYONG SDR





Pada 4 Julai 2010, Jawatankuasa SDR telah menganjurkan satu kerja amal iaitu bergotong royong membersihkan surau. Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang positif daripada penduduk Islam setempat termasuklah daripada golongan wanita dan kanak-kanak sekolah. Selain daripada membersihkan surau dan kawasan sekelilingnya, pada hari tersebut mereka yang terlibat juga telah bekerjasama dalam memasang atap di bahagian berhampiran dengan tempat mengambil wuduk dan stor.

Jawatankuasa SDR mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh mereka yang menjayakan program ini.